Tuesday, 18 December 2018

Bukit Bongol, Kota Belud

Trail ke bukit bongol ada 3 laluan, pertama dari kg pirasan,kg kinasaraban dan kg. Mandap.

Oleh kerana perjalanan tidak dirancang dan kesuntukkan masa, saya pilih trail dari kg. Mandap iaitu laluan yang dekat tapi curam. Trialnya ada mencabar sebab dari mula sampai akhir menaiki bukit sahaja. Trailnya tidak panas sebab melalui hutan dan laluan akan panas bila di puncak.


Apa yang bestnya hiking ke bukit bongol iaitu view yang sangat cantik dan di puncaknya hanya lalang tiada pokok. Walaupun panas tetapi kamu tidak terasa panas bila dah melihat pemandangan yang cantik.


Sekiranya kamu ingin hiking ke bukit bongol kb, saya suggest kamu bawa air 1.5L sekiranya masa itu cuaca panas.

#bukitbongol
#qmadventure

Monday, 17 December 2018

Bukit Lingion, Kiau - Hiking & Jungle trekking

Trip with my colleagues RIVER JUNKIE TOURS S/B to Bukit lingion pada 14hb September 2018.

Bukit lingion terletak di Kg.Kiau. Kami memulakan perjalanan dari starting point Jam 10.lbih pagi. Kami berjalan dengan perlahan sebab jalan masa tu licin disebabkan hujan turun setiap hari pada tghhari dan petang. Laluan ke puncak itu pada awalnya melalui ladang2 orang iaitu ladang getah. Laluan itu ada mencabar sedikit sebab licin dan berbukit.Dalam beberapa minit, laluan ke bukit lingion akan memasuki hutan. Dan laluan itu tidak dinafikan ada pacat @limatok. 😅 Tapi Oleh kerana keindahan hutan disana, pacat tidak dihiraukan. Sebelum kami kepuncak hujan turun dan keadaan masa itu sejuk.


Sekitar Jam12 lebih kami sampai di puncak Bukit lingion. Tapi masa itu sedikit mengecewakan sebab mount. K tidak nampak disebabkan hujan dan kabus menutupi gunung tersebut. Kami berehat dipuncak itu dan menikmati keindahan sambil makan biscuits dan bread yang dibekalkan oleh bos. 😍 Kami meneruskan perjalanan turun dari puncak itu.  Keadaan jalan da curam sedikit dan harus berhati2 sebab tanahnya lembut.
Dalam perjlanan turun kami menjumpai BUAH CINTA guide bilang..Rasanya masam!  😁 Jalan menuruni dari puncak itu melalui liring2 bukit dan bergaung.


Dalam perjalanan turun akan melalui ladang orang iaitu padi Bukit yang sangat cantik pemandangannya. Menuruni Bukit itu ada sedikit jauh tapi jika bercerita tak sedar sampai ke starting point.  😅 Dalam jam 2. ++pm kami sampai ke staring point. Sebelum balik kami lunch disana. Uols yang suka makanan kampung harus cuba tau.

Apa yang saya tekankan disini,kamu perlu ada kasut adidas kampung, Raincoat kalau yang takut pacat perlu bawa spray untuk leech.

Book now at river junkie tours or can call directly guas nabalu homestay. 📱


#qmadvanture
#bukitlingion

Murug-turug waterfall, TAMPARULI - Hiking

Location:MURUG TURUG WATERFALL, TAMPARULI

Murug turug waterfall, Tamparuli mempunyai 3 pakej iaitu pakej A (3km), B(4km), C(12km).

Ini adalah yang kedua kalinya saya ke sini dengan memilih pakej c.Walaupun hari itu saya sudah pernah hiking sini, tetapi oleh kerana air terjunnya yang cantik menyebabkan  saya masih excited untuk hiking pada kedua kalinya.

Jika Memilih pakej C, kita akan melalui 7 Waterfall yang cantik2. Walaupun kamu berasa penat,tetapi apabila melihat air terjunnya yang cantik itu,automatically rasa penat itu hilang.



Tetapi (ada tetapinya hahaa) jika kamu memilih pakej C ada sedikit cabaran dimana laluanya curam dan licin. Oleh itu, gunalah kasut yang sesuai sebab tapak kasut anda ada kemungkinannya akan tertanggal. Suggestion untuk kasut iaitu Kasut Adidas kampung.

~Support sabah tourism ~

#heavenofwaterfall
#sabahtourism
#qmadventure